Ops Cantas Anggota Polis Maut Dihentak Batu Oleh Penjenayah

OPS CANTAS

Seorang anggota polis dilaporkan maut selepas dipukul penjenayah ketika bertugas dalam Ops Cantas Khas di Melaka, pagi ini.
Kejadian itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyatakan anggota polis itu terbunuh selepas dihentak dengan batu oleh penjenayah yang diburu itu.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa dikatakan menahan sebuah kereta dinaiki tiga lelaki sebelum dua daripada mereka ditahan, manakala seorang lagi suspek melarikan diri ke dalam belukar.
Mangsa kemudiannya mengejar suspek yang dipercayai anggota kongsi gelap sehingga berlaku pergelutan sebelum anggota polis terbabit dihentak dengan batu dan disahkan meninggal dunia. Mynewshub

Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Bantu Berbagi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger