Google Map Dilengkapi Laporan Trafik


GOOGLE akhirnya mengambil keputusan untuk menambah ciri terbaik daripada aplikasi trafik terkenal, Waze ke dalam Google Maps untuk pengguna Android dan iOS – Laporan Trafik Waze.

Awal pagi tadi, Google telah mengumumkan bahawa mereka telah menambah ciri trafik Waze pada aplikasi Google Maps untuk 46 buah negara. Senarai negara yang terlibat tidak dinyatakan tetapi nampaknya Malaysia adalah salah satu daripada yang terawal menerima kemas kini terbaru ini.

Jika anda membuka aplikasi Google Maps pada peranti mudah alih anda dan buka pilihan “Traffic Layer”, anda akan melihat beberapa ikon baru yang memberi laporan trafik daripada Waze seperti kawasan kemalangan, pembinaan dan lain-lain.

Bukan setakat laporan trafik sahaja, Google Maps juga akan mengubah laluan untuk ke destinasi anda supaya anda tidak perlu ‘tersangkut’ dalam trafik akibat sebarang insiden yang telah dilaporkan.

Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Bantu Berbagi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger